Program Advokasi dan Pengenalan NADI Bersama Giatmara Putrajaya
20 Julai 2024 | Aktiviti Terkini19 Julai 2024, Jumaat – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Putrajaya telah mengadakan Program Advokasi dan Pengenalan NADI Bersama Giatmara Putrajaya bersama pelajar-pelajar baru Giatmara Putrajaya bagi sesi 02/2024. Program ini bertujuan untuk memberikan latihan ICT, Keusahawanan dan Advokasi kepada para pelajar baru Giatmara Putrajaya. Beberapa aktiviti dilaksanakan di antaranya ialah taklimat pengenalan NADI oleh Penolong Pengurus NADI Presint 9 Fasa 10 iaitu Puan Roziana dimana pelajar diberi pendedahan kepada peranan dan fungsi NADI kepada komuniti dan usahawan. Seterusnya penerangan mengenai modul-modul yang akan dipelajari oleh setiap pelajar bersama NADI yang akan berlangsung selama 5 bulan bermula Julai hingga November 2024.
Bagi sesi kedua, Puan Sarah Pengurus NADI Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan tayangan video Klik Dengan Bijak dan Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak bertajuk “Oversharing” dan Kuiz Kahoot bertajuk “Pengurusan Risiko Dalam Talian” untuk menguji kefahaman pelajar mengenai topik tersebut. Pelajar juga diingatkan agar menjaga adab semasa melayari media sosial agar kes buli siber dapat dibanteras.
Selepas itu, Puan Sarah juga telah menyampaikan taklimat mengenai menyemak kesahihan berita dan memperkenalkan website Sebenarnya.my. Kemudian diteruskan dengan taklimat Check Your Label dan pemeriksaan logo certification MCMC di setiap peranti pelajar Giatmara Putrajaya bagi memastikan peranti setiap pelajar adalah selamat untuk digunakan. Selain itu, pelajar juga diberikan motivasi untuk memulakan perniagaan oleh Pengurus NADI Presint 18 iaitu Puan Haryati dan Penolong Pengurus NADI Presint 9 Fasa 3, Cik Amierah.
Program berlangsung selama dua jam bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari diakhiri dengan acara penyampaian hadiah bagi aktiviti kuiz Kahoot serta penyampaian cenderamata dari Giatmara Putrajaya kepada petugas NADI Putrajaya. Akhir sekali, diadakan sesi bergambar bersama pelajar dan guru Giatmara Putrajaya dan petugas NADI Putrajaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: